Followers

28 April 2013

Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.

Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
  1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya. 
  2.  Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat. 
  3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda. 
  4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani! 
  5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda. 
  6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang. 
  7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh! 
  8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku. 
  9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut. 
  10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

 ~ http://www.iluvislam.com


Selamat berhujung minggu!


Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

2 comments:

  1. momoy setuju. dulu momoy pemalu dan penakut sangat.
    then ada satu hari yang buat momoy terkesan sangat2
    menangis 2 hari tak berhenti
    hari ke 3 momoy buka blog motivasi
    dan mulakan langkah awal untuk yakin diri
    'kita akan masih di takuk lama jika kita sendiri yang tak berusaha nak berubah' dan jadilah yang pertama di kalangan yang lain.

    momoy nak jemput dear dan kawan-kawan di sini untuk join GA momoy yg pertama ini jika sudi. terima kasih =)

    http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/04/zone-barangan-percuma.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih atas jemputan. InsyaAllah jika berkesempatan saya nak join jgk! hadiah sangat menarik :)

      Delete

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita