ESEI : SAYA & AL-QURAN
Kalaulah anda diminta menulis esei pendek 'apa pendapat anda tentang Al-Quran?',
Agaknya, apa jawapannya ya?
Jika saya, ini pandangannya :
Al-Quran Al-Karim merupakan buku luarbiasa, hadiah paling bernilai yang Tuhan anugerahkan kepada saya & kita, seluruh hamba yg dikasihiNya. Tuhan minta kita gunakan buku ini sebagai :
Pertama
Zikr : Buku yang penuh dengan nasihat, tip & reminder. Barangsiapa yang sentiasa berpegang dengan 6,236 tip luarbiasanya, pasti mereka menjadi hamba luarbiasa : berprestasi tinggi & diredhoi Ilahi.
Kedua
Hidayah : Ia adalah buku yang mampu menukar manusia dari bengkok kepada lurus, ‘lost’ kepada ‘useful’.
Ketiga
Syifa' : Buku penyembuh penyakit zahir & batin. Siapa yang merujuk kepadanya untuk mencari penyembuh, Allah pasti akan sembuhkan segala penyakit zahir-batinnya.
Keempat
Nuur : Buku yang penuh dengan ‘cahaya’ - hope, happiness & love. Barangsiapa yang berjaya mencari cahaya itu, hidupnya pasti akan Tuhan naungi dengan ‘cahaya’.
Kelima
Najah : Buku kejayaan. Ia penuh dengan tips praktikal bagaimana teknik untuk menjadi manusia berjaya dalam segenap bidang diceburi.
Keenam
Mahfuz : Buku yang dijaga & terpelihara. Sesiapa yang selalu berdamping dengannya, Allah akan menjaga kehidupannya dunia & akhirat.
Apa pula pandangan anda terhadap buku ini? Cuba-cubalah duduk sendirian dan tulis esei anda pula tentang Al-Quran. Tulis dengan tajuk, adakah persahabatan saya dengan Al-Quran semakin rapat?
Tulislah. Nanti anda akan nampak 'sesuatu'.
P/s : Ingin 'polish'ilmu tajwid anda sempena ramadhan akan datang. Jom sertai Seminar tajwid Luar Biasa di Ukm bangi dan Shah Alam.
ATAU
Sms/Watsapp kod "TLB"
0192225606
0192225606
Jangan lepaskan peluang kerana tempat amatlah terhad.
** Mohon bantuan utk sebarkan maklumat seminar ini ke group whatsapp & Fb. Moga dengan membantu rakan lain kuasai Al-Quran, anda diganjari pahala besar, doa dimakbul & hidup lebih berkat dari Ilahi. Amin. Itu yg saya doakan.
-Ustaz Asraff Ayob-
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~