Assalamualaikum.
Salam 2 Ramadhan ^__^
Hari nie nak share tentang kuasa istighfar. Semoga membawa manfaat untuk semua.
Waktu terbaik untuk amalan istighfar:
- Istighfar 100 kali pagi (sebelum subuh terbaik, selepas subuh pun boleh)
- Istighfar 100 kali petang (sebelum Asar terbaik, selepas Asar pun boleh)
Kelebihan amalan ini:
- Allah berikan jalan keluar dari masalahnya
- Allah lepaskan dari kebimbangannya
- Allah lepaskan dari kesempitannya
- Allah kurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Jom kita berazam untuk mulakan amalan istigfar nie hari ini juga. Jangan bertangguh lagi!
Nak buat amalan nie tak perlu modal atau kemahiran pun. Cuma perlu masa kita aje. Dengan beramal amalan nie, Allah janjikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Kalau ada kawan-kawan yang dalam kesusahan, kesempitan dan kebimbangan boleh la beramal dengan 1000 kali pagi dan 1000 kali petang.
Cuba bayangkan dengan modal masa kita 2 jam sehari tu, Allah lepaskan kita dari sema kesusahan dan kesempitan. Ditambah lagi dengan janji untuk memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. MasyaAllah..
Tak berbaloi ke tu semua kawan-kawan?
Sayyidina Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
" Sesiapa yang mengambil berat untuk selalu beristigfar maka Allah akan berikan kepadanya jalan keluar daripada setiap kesempitan, kelepasan daripada setiap kebimbangan dan Allah SWT akan mengurniakan kepadanya rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (HR Abu Daud )
Mari kita sama-sama saling mendoakan agar kita semua dapat istiqamah dalam amalan yang benar nie.
subhanallah... thanks for sharing sis... :) allhamdulillah
ReplyDeletemoga kita sama-sama dapat istiqamah
ReplyDelete