Followers

29 May 2017

Kalahkan Nafsu Jahat dengan Lafaz Ini


Assalamualaikum.


Salam 3 Ramadhan ^_^


Alhamdulillah hari nie saya dapat ilmu baru macam mana nak kalahkan nafsu jahat. 


Baiklah, bila dalam bulan Ramadhan nie bukan mudah nak tundukkan nafsu jahat nie. Yelah dah terpupuk lama 11 bulan lepas tu nak berubah dalam masa yang singkat. Agak payah la kan..


Apa nafsu jahat nie? Contoh yang biasa yang berkait dengan bulan Ramadhan nie suka bermalas malasan, cepat aje nak marah atau dalam kata lain kurang kesabaran, dan yang paling biasa kot suka beli banyak-banyak makanan dekat bazar ramadhan sudahnya tak termakan..membazir...



Saya nak kongsikan 1 lafaz yang agung dan superpower yang biasanya kita akan lafazkan atau pun yang selalu kita baca bila kita dengar ucapan azan "hayya 'alal Falah".


Betul tu... Kita akan baca "La Hau La Wala Quwwata Illa Billahil 'Lizzil 'Azim" yang bermaksud tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Agung. Ini adalah ajaran Nabi kita Muhammad SAW supaya menjawab panggilan bilal itu dengan zikir tersebut.



Kenapa agaknya Rasulullah SAW menyuruh kita menjawab dengan lafaz tawadduk tadi bila kita dengar bilal sebut ‘hayya ‘alal falah’ ?


Lafaz tadi, Allah menyeru kita supaya mengejar kepada kejayaan.

Bila kita nak berjaya, dah tentu kita kena berusaha kan.. Contoh bila kita nak ke masjid. Kita kena lah berusaha sedaya upaya agar kita sampai ke masjid. Kena la usaha sedaya upaya nak dapatkan kejayaan tu. Tak kira lah kita nak capai kejayaan tu dengan cara jalan kaki, naik kereta, motor atau sebagainya.


Tapi kita jangan lupa, disebalik kejayaan kita sampai ke masjid tu atau apa pun jenis kejayaan yang kita dah kecapi, kita kena ingat siapa yang bagi "lampu hijau" untuk kita kecapi kejayaan tu.


Ini lah maksud sebenar lafaz tawadduk yang ringkas tapi penuh bermakna. Jika tanpa daya dan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada kita hambaNya yang lemah, kita tidak akan merasa kejayaan itu.


“Tidak bergerak sesuatu zarah itu tanpa izinNYA”.


Pengajaran di sebalik laungan azan ini, kita tahu bahawa semuanya tidak mustahil dengan pertolongan daripadaNya. 


Oleh sebab itu, setiap kali kita berusaha dan kalah dengan nafsu 'jahat' tu, jangan cepat putus asa dan bangkit lah semula dengan penuh tawadhuk dan yakin lafazlah;


‘La Hau la wala quwwata illa billahil ‘lizzil ‘azim, 
(tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Agung). 



Moga kita semua diberikan kemudahan & kelapangan oleh Allah swt untuk mengapai taqwa. Amin Ya Robbal 'alamin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita