Followers

26 May 2017

Tips Sahur


Assalamualaikum.


InsyaAllah mulai esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Moga Ramadan tahun nie lebih baik dari tahun lepas. 


Sempena nak mula puasa esok, hari nie saya nak share beberapa tips sahur yang dapat membantu kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa.



Ada 2 perkara penting yang perlu kita ambil berat.

1. Tenaga yang cukup. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 500bkcal karbohidrat kompleks untuk bekalan tenaga sepanjang tempoh berpuasa.

2. Air yang mencukupi. Air sangat penting supaya badan kekal hidrat.


Dua perkara nie lah yang akan mempengaruhi sama ada kita akan rasa letih lesu atau pun tidak semasa berpuasa.

Tapi di antara 2 perkara tu, air yang lebih utama.
Walau pun makan cukup, kira bekalan tenaga cukup la kan...tapi kalau badan hilang banyak air, ia akan buat kita jadi lembik lesu!

Memandangkan esok dah mula puasa, so hari nie kena pastikan kita minum cukup air.



Tips sahur 1:

Pilih makanan jenis karbohidrat kompleks kerana ia adalah makanan yang bagus untuk sahur.

Kenapa?

Makanan jenis karbohidrat kompleks mempunyai indeks glisemik yang rendah.

Bila kita ambil makanan dari jenis karbohidrat kompleks badan kita akan ambil masa untuk cerna makanan tu. Jadi tenaga akan dibebaskan secara perlahan-lahan. Dengan itu, kita akan rasa kenyang lebih lama dan lambat lapar.


Contoh makanan:
  1. Beras basmathi, atau beras perang
  2. Roti high fibre
  3. Biskut whole grain
  4. Ubi keledek
  5. Buah buahan: contoh, pisang.



Tips sahur 2:

Pengambilan air yang dicadangkan adalah 2+1 untuk masa sahur.

2 gelas untuk air suam + 1 gelas untuk susu atau jus buah


Lebih bagus jika dapat elakkan kafein.


Pengambilan air juga tak boleh terlalu banyak. Bila kita minum terlalu banyak air, badan akan keluarkan lebih banyak air (melalui air kencing). Ini akan jadi punca utama kita akan rasa cepat haus.


Bila ambil air yang berkafein juga akan buat kencing jadi banyak. Badan juga akan cepat hilang air.

Bila badan kurang air, kesannya kita akan rasa letih lesu!



Tips sahur 3:

Kurangkan makanan masin.

Makan masin juga akan buat kita cepat haus.

Contoh makanan yang banyak garam:

  1. kicap
  2. biskut (kecuali tulis low salt)
  3. processed food (makanan frozen, ayam goreng, chicken ball, nugget)



Tips sahur 4:

Pengambilan makanan sewaktu sahur sebaik-baiknya ialah makan 500 kcal.

Macam mana nak tahu anggaran kalori tu?

Rule yang mudah, semua makanan bergoreng adalah tinggi kalorinya, iaitu +/- 600kcal,
Jadi makanan bergoreng adalah termasuk nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kuewteow goreng, dll


Pilihan hidangan yang lebih baik untuk sahur ialah:
Nasi + lauk
Atau
Roti high fibre + tuna/sardines /telur
Atau
Cereal / cornflakes + susu



Tips sahur 5:

Ambil bersama SET BERPUASA SHAKLEE untuk beri tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa.

Nak pastikan badan kekal hidrat, minum Performance Drink semasa bersahur dan berbuka. Ia adalah minuman isotonik tanpa karbonat. Rasa oren yang sangat segar!



Tahun nie kita dapat jumpa Ramadan. Tapi tahun depan belum pasti. Jadi hargai dan rebut sebanyak peluang yang ada pada pertemuan Ramadan kali nie. Ramadan bulan bonus umat Islam. Rugi sangat kalau tiap kali puasa banyak melepek. Puasa pun kena la kekal produktif.


Semoga tips di atas dapat membantu korang semua menjalani ibadah puasa dengan tenang dan sentiasa produktif.


Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa!



Related image



Image result for ramadhan



Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS / whatsapp / telegram: 013-7073943 (Deanna) 
FB: Deanna Aris 









No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita