Entah di mana silapnya, biarpun berpenampilan menarik, berwajah ayu dan mempunyai kerjaya stabil hingga kini, Saleha belum mempunyai teman lelaki.Bukan dirinya tidak pernah berusaha, malah ibu bapanya juga puas berikhtiar, namun jodohnya ‘liat’. Tidak cukup dengan itu, rakan serta ahli keluarga lain turut sama mencarikan jodoh buatnya, namun masih belum berjaya.Siapa tidak risau, memasuki usia lewat 20-an, Saleha masih belum berteman, sedangkan rakannya sudah beranak pinak. Puas berikhtiar, akhirnya Saleha menemui pakar dermatologi sebagai langkah terakhir selepas usahanya menggunakan kaedah tradisional tidak berhasil.Hasil rundingan itu, baru Saleha tahu mengenai masalah sebenar dirinya. Saleha mempunyai masalah bau badan yang melampau hingga menyebabkan orang ramai sukar mendekatinya.Kini, dia mula percaya apa diperkatakan rakannya selama ini. Saleha mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan, menyebabkan pergaulan sosialnya terbatas.Sejak itu, Saleha sedaya upaya berusaha mengurangkan bau badan. Selain manfaat untuk dirinya, dia mahu mencari jodoh dan segera berkahwin. Hakikatnya, bau badan boleh dialami oleh semua individu.
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr
Guru Ratnavelu berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan
terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.
Dalam
pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh
manakala selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin.
Toksin ini mudah disingkirkan jika ginjal, hati dan saluran penghadaman
usus berfungsi dengan baik.
“Bau badan dicipta oleh hormon yang
dipanggil pheromones tetapi jika dibiarkan, hormon semula jadi ini akan
mengeluarkan bau lebih kuat apabila kelenjar peluh atau apocrine mula
dijangkiti bakteria.
“Selalunya masalah ini dialami mereka yang
menjangkau usia akil baligh atau peringkat remaja kerana mengalami
perubahan hormon dan menjalani gaya hidup sihat,” katanya ketika ditemui
di pusat perubatan itu di Kuala Lumpur, baru- baru ini.
Dalam
kalangan kanak- kanak, bau badan kerap dikaitkan sebagai penanda tahap
kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan
berbau pada usia 14 hingga 16 tahun, manakala remaja lelaki dari 15
hingga 17 tahun.
Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap
mengambil makanan pedas dan memakan ubat khusus (seperti pesakit
diabetes), mereka lebih berisiko berdepan masalah bau badan.
Bau
badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap
kesihatan, ubat-ubatan yang diambil dan bagi sesetengah orang, genetik
juga memainkan peranan.
Menurutnya, setiap individu ada bau badan
yang terhasil daripada peluh. Peluh adalah sebahagian daripada proses
semula jadi dalam tubuh badan manusia.
Selain itu faktor genetik, penyakit kencing manis, tiroid, masalah ginjal dan hati juga antara penyumbang kepada bau badan.
“Dalam
tubuh badan manusia ada dua jenis kelenjar yang menghasilkan peluh
iaitu kelenjar eccrine dan apocrine. Kelenjar eccrine bertanggung jawab
terhadap proses berpeluh, yang mana ia bersambung terus hingga permukaan
kulit untuk menghasilkan peluh serta bertujuan mengawal suhu badan,
selain membuang bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau
elektrolit.
“Manakala kelenjar apocrine pula merembeskan cecair
yang lebih likat dan keruh serta menimbulkan masalah jika kuantitinya
lebih banyak daripada kelenjar eccrine.
“Kelenjar ini berada pada
bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan tempat
sulit. Ia mengandungi sebum bahan berlemak iaitu peluh dirembeskan.
Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar apocrine,”
katanya.
Menurutnya, faktor pemakanan juga antara yang menyumbang
ke arah bau badan. Antaranya rempah ratus dan bawang putih, selain
banyak minum kopi atau minuman berkafein yang berpotensi menyebabkan bau
pada ketiak, sama ada lelaki atau perempuan.
“Bagi mengelak
perkara ini berlarutan, paling penting jaga kebersihan dan makan. Mandi
dua kali sehari antara perkara mudah yang biasa dilakukan. Elakkan juga
mengambil makanan mengandungi rempah ratus terlalu kuat.
“Selain
itu, cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta
ketiak apabila tiba waktunya. Pemakaian deodoran mengandungi bahan
antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100
peratus,” katanya.
Tambahnya, masalah bau badan juga mungkin
dianggap ringan bagi sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya,
masalah ini mampu menjadi besar jika tidak dibendung segera.
“Tidak
kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan aspek terpenting yang
perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana apabila
berlarutan, ia mampu menyebabkan hilang keyakinan diri dan malu, selain
membataskan kegiatan sosial.
“Paling ditakuti, bau badan juga
mampu memberi impak terhadap kehidupan peribadi. Misalnya, sukar mencari
jodoh atau bagi pasangan berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan suami
isteri,” katanya yang menasihati orang ramai supaya memberi perhatian
terhadap kebersihan diri.
- HARIAN METRO
**********************************************************************************
Vitamin Shaklee yang dapat membantu:
Antara 19 Khasiat Alfalfa:
Alfalfa Complex |
Antara 19 Khasiat Alfalfa:
- Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
- Melegakan sakit sendi dan belakang.
- Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
- Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
- Memberi kelegaan semasa haid.
- Merawat arthitis
- Bagus untuk elergi dan ekzema
- Merawat asma
- Mencuci usus bagi membuang toksik
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
- Meneutralkan asid dalam badan
- Merawat masalah keputihan pada wanita
- Membesar dan menegangkan payudara
- Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
- Memulihkan urat selepas bersalin
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Meningkatkan stamina seorang suami
- Melegakan sembelit
- Milk Booster bagi ibu menyusu
* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease.
Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah:
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi
FB: Deanna Aris
Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah:
email: mommyfarisazham@gmail.com
SMS: 013-7073943 (Deanna)
Fan page: Dunia Vitamin Semulajadi
FB: Deanna Aris
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen! ^__~