Followers

07 July 2013

Omega Guard Bantu Anak Tingkatkan Daya Ingatan

Selamat petang buat semua pembaca blog saya. Moga anda semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria di samping keluarga.

Hari nie nak kongsi cerita pasal anak saya, Faris. Sebenarnya agak terkejut jugak dengan kejadian semalam. Tak sangka tajam juga ingatan dia yang baru nak genap 2 tahun 24 Ogos nie, insyaAllah.

Semalam, lepas dia mandi dia ikut saya masuk ke bilik. Kebetulan atas katil ada longgokan kain yang belum dilipat. Tiba-tiba dia pegang kain pelekat kotak biru tu cakap "yah"..saya faham dia nak maksudkan itu kain ayah. Agak terkejut jugak saya bila dia cakap tu kain suami saya sebab ayah dia 2 hari sekali balik, pula tu bukan 1 je kain pelekat yang ayah dia pakai.

Faris kejutkan saya lagi dengan tunjuk kain batik warna oren tu cakap "ma". Memang betul tu kain saya. Lepas tu saya pula uji dia,
" Yang nie siapa punya?" sambil saya tunjuk kain pelekat hijau..
" Tok " Faris jawab
Saya tanya lagi,
" Yang nie siapa punya?" sambil saya tunjuk kain batik warna biru tu..
" Nek"

Kuat juga daya ingatan Faris nie. Sebelum nie takde pun ajar kain-kain tu siapa punya. Memang dia belajar dari pemerhatian dia sendiri.

Kalau macam dia nak menyusu tu, memang saya ajar dia kemas semua mainan dia sebelum menyusu. Sekarang kalau nampak botol yang dah siap susu atau saya cakap saya nak buat susu, dia dah faham dah..mula dia mengemas semua mainan dia. Kadang kalau terlebih rajin, bukan mainan dia pun dia kemas dan dia mampu ingat nak letak semula kat tempat asal..huhu..
Ada sekali tu dia bangun tidur nangis, saya cakap dengan dia "mama buat susu ea.."
Dalam keadaan dia yang masih mamai bangun tidur tu sempat lagi dia bangun pegi parking keta mainan dia..tergelak sendiri dalam hati masa tu!hhuhu...

Gambar-gambar haiwan yang nenek belikan pun dia masih boleh ingat walaupun kadang dah berminggu-minggu tak tengok. Dia boleh ingat lagi yang mana haiwan bila saya sebutkan namanya.

Alhamdulillah, sejak saya bagi Faris makan Omega Guard memang dia cepat belajar dan kuat daya ingatan.
Masa musim jerebu lepas Faris pun kene tempiasnya. Kesian dia batuk2 sampai tak boleh tidur malam. Memang dah lama Faris tak demam dan batuk2. Last seingat saya bulan Februari. Mujur ada Omega, sehari lepas tu batuk pun makin beransur reda. Seingat saya 1 malam tu je yang dia batuk2 sampai tak boleh tidur dan baik dalam masa 3 hari. Alhamdulillah.

Pada saya, pelaburan saya berikan Faris Omega Guard sangat berbaloi. Faris cepat belajar, kuat ingatan dan juga kesihatan bertambah baik. Seronok tengok perkembangan Faris.

Sedikit tentang Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard
Sebagahain besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Omega Guard adalah salah satu supplement yang sesuai untuk diberikan pada kanak-kanak satu tahun dan ke atas.


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease. 

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 
email: mommyfarisazham@gmail.com 
SMS: 013-7073943 (Deanna) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen! ^__~

Vitamin Cinta

Vitamin HOT untuk Wanita